Jemputan menghadiri Majlis Taklimat bagi Fasa 2, PPR Ulu Pirasan, Kota Belud Sahaja Jemputan menghadiri Majlis Taklimat bagi Fasa 2, PPR Ulu Pirasan, Kota Belud Sahaja Sukacita dimaklumkan kepada penama/penyewa yang telah ditawarkan bagi kemasukan Fasa 2, PPR Ulu Pirasan, Kota Belud sahaja adalah dijemput hadir seperti ketetapan yang berikut :- Tarikh : 18 Oktober 2023 (Rabu) Masa : 8.30 Pagi hingga Selesai Tempat : Dewan PPR Ulu Pirasan, Kota Belud Sila ambil perhatian :- 1. Penyewa (Pemohon) hendaklah membawa bersama Kad Pengenalan. 2. keutamaan akan diberikan kepada warga emas/OKU untuk berurusan. 3. Pemohon dikehendaki datang sendiri untuk urusan menandatangani surat perjanjian tersebut. Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, maka pemohon dibenarkan menghantar wakil iaitu pasangan kepada pemohon sahaja. Sila bawa bersama surat wakil dan serahkan kepada Urusetia PPR Pirasan MDKB. 4. Sila pastikan Tuan/Puan (Penyewa) ada mengambil resit pembayaran sebelum keluar daripada Dewan PPR Ulu Pirasan. 5. Dilampirkan juga aturcara sebagai rujukan pihak Tuan/Puan. Sila patuhi peraturan-peraturan seperti diatas agar program dapat dijalankan dengan lancar. Kerjasama anda amat kami hargai ππ» Sekian dan terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon Pejabat MDKB : 088976529 (Urusetia PPR) Arahan, Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Kota Belud. 18 Oct 2023 Lihat Lanjut
Notis Pemberitahuan gotong-royong mencantas pokok jati di Kawasan Bazar Rakyat Kota Belud, Kawasan Pasar Malam, Kota Belud dan Pasar Sementara, Kota Belud Dimaklumkan kepada semua orang awam, serta penjaja yang terlibat bahawa Pihak Majlis akan melakukan gotong-royong mencantas pokok jati di kawasan tersebut pada 17 Oktober 2023 (Selasa) bermula jam 8.30 pagi sehingga selesai. Oleh yang demikian, orang awan dan penjaja yang terlibat hendaklah mengosongkan atau menjauhi kawasan tersebut demi keselamatan bersama. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian : 088976529 (Pejabat Majlis Daerah Kota Belud) Sekian dan terima kasih. 17 Oct 2023 Lihat Lanjut
Jelajah Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara HEBAHAN βΌοΈ Jelajah Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Jabatan Pendaftaran Negara Tarikh : 15 Oktober 2023 (Ahad) Masa : 7.00 AM - 1.00 PM Lokasi : Tamu, Kota Belud Perkhidmatan yang disediakan:- 1. Perkhidmatan Gantian Kad 2. Perkhidmatan Nasihat Urusan Pendaftaran #jabatanpendaftarannegara #majlisdaerahkotabelud #tamukotabelud 15 Oct 2023 Lihat Lanjut